Monday 27 February 2012

4 LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA

4 LELAKI YANG DITARIK KE NERAKA

Pertama: Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua: Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga: Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat: Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-

“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..


Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T

Friday 24 February 2012

Gambar selingan



                                  
ni produk khas yang dikeluar kan untuk sesiapa yang tak mampu nak beli i pad..hehe

       
tu dia...full power
                  
 

facebook loghat utara ;p

photo -~" hang jangan nak ckp KL ngan aku. Mak ang beranakkn hang kat mana?"- (cite:kongsi) hehehe


Ha ni dio, pecebuk versi nogori . Ekau ado ko ? 





bilik idaman untuk budak perempuan





Gajet futuristik ini membolehkan anda menonton filem pada sebuah 50 inci skrin maya! Anda kini boleh menonton filem-filem kegemaran anda dimana jua! Ianya sesuai untuk :

1. Golongan yang selalu "travel" menaiki pesawat, bas, kereta atau sebagainya.
2. Golongan yang mahukan kelainan.
3. Sesuai untuk orang dewasa yang sentiasa meminati movie kerana ia boleh simpan sehingga 100 buah movies.
4. Peminat mp3 juga boleh memilikinya kerana fungsi mp3 dilengkapi bersama.
5. Jika dijadikan hadiah hari Jadi atau hari istimewa, ianya sangat sesuai. Pasti mengembirakan!
6. Cuba anda bayangkan, skrin LCD 50 inci berada di depan mata anda, dan ianya boleh di bawa kemana mana.

Tentu ianya sangat hebat bukan? Ya! anda akan rasainya di sini:http://bit.ly/GadgetCool

Wednesday 22 February 2012

:::::KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.:::::

:::::KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.:::::


Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 Hijri yang di Lembah Uranah, Gunung Arafah


 

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teilti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, MENYAMPAIKAN pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

Thursday 16 February 2012

4 TIPS DARI NABI MUHAMMAD SAW

4 TIPS DARI NABI MUHAMMAD SAW

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri.. ini kerana ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh mnyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida pada udara hembusan tersebut.. jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum wktu subuh kerana suhu air pada wktu tersebut mmbntu mmbuang lemak2 degil dalam badan.
4. Nabi melarang makan diselangseli dgn minum air kerana ia menyebabkan byk udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.

Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW.. Jadi ikutlah walaupun sedikit.. kerana sedikit yg dilakukan beristiqamah lebih baik dari byk tnpa istiqamah.. =)





                                             

Nabi Muhammad SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum.. Hendak Tahu Kenapa Baginda melarang?..

Baginda tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut,
ternyata....dalam penelitian Sains, air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida (CO2) yg dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2)

Maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3,asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk kedalam tubuh manusia, maka bisa mengakibatkan penyakit jantung.

Subhanallah, Itulah rahsianya. Semoga bermanfaat!

Wednesday 15 February 2012

Tuesday 14 February 2012

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW


                                           

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku 



sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
       
Jauh lagi perjalanan kita sebagai hamba Allah...subhanallah..
Apa yang anda suka tentang Dunia..?



Nabi Muhammad SAW bersabda, “Di atas dunia ini aku suka 



akan 3 perkara:”

1- Wangi-wangian/bau-bauan yang harum

2- Isteri/perempuan yang solehah

3- Ketenangan semasa solat


 

Lalu Saidina Abu Bakar menyampuk..’Wahai Rasul Allah, aku juga mempunyai 3 kesukaan 



dalam dunia ini!”

1- Melihat wajah Rasullullah

2- Mendermakan hartaku seperti permintaan Rasullullah

3- Suka anakku Aisyah menjadi isterimu ya Rasullullah

Kemudian Saidina Umar pula berkata..”Kamu benar wahai Abu Bakar, aku juga mempunyai



 3 kesukaan atas muka bumi ini..”

1- Mencegah kemungkaran

2- Menyuruh kepada kebaikan

3- Berpakaian sederhana

Selepas itu Saidina Othman pula berkata..”Kamu benar Umar, aku turut mempunyai 3 



kesukaan..”

1- Memberi makan orang yang lapar

2-Memberi pakaian kepada mereka yang tiada pakaian

3- Membaca Al-Quran

Kini tiba pula giliran Saidina Ali..”Benar ya Othman, aku juga mempunyai 3 kesukaan!”

1- Melayan tetamu

2- Berpuasa di musin panas

3- Berperang pada jalan Allah

Sedang asyik mereka bercerita turunlah Malaikat Jibri menyapa Rasulullah dan berkata:

“Wahai Rasulullah, mendengarkan perbicaraan kamu, Allah telah memerintahkan aku untuk



 berjumpa denganmu dan menyuruhmu menanyakan apakah kesukaanku sekiranya aku 


menjadi penghuni dunia!” Lalu Rasullullah bertanya,”Apakah 3 kesukaanmu wahai Jibril jika


 engkau menjadi penghuni bumi ini?” Malaikat Jibril menjawab:

1- Aku suka menunjukkan jalan yang benar kepada mereka yang sesat.

2- Aku suka mendampingi orang yang beriman.

3- Membantu ahli keluarga dan kaum kerabat yang didalam kesusahan

Akhirnya Allah sendiri berfirman, “Aku mempunyai 3 kesukaan kepada hamba-Ku!”

1- Orang yang bersungguh-sungguh membuat ibadah kepada-Ku

2- Orang yang sentiasa menangis kepada-Ku

3- Orang yang apabila diuji, mereka bersabar….

Sunday 12 February 2012

Thursday 2 February 2012

SALAM MAULIDUR RASUL....

  

Gambar mencuit hati


                                                                                                                     

Ruangan gelak-gelak
............................................................................................................................................................
                             
                                 
                                         Ni agak-agak balik dari funfair kot........hehehe




                         
                              mesti mahal kan moto tu.....polis pun boley nangis klau rosak..                                       


                                                          Komik pulak....











































                     
                                         

..................................................................................................................................................................


                            
                               HAHAHAHAHA.....................



Wednesday 1 February 2012

Gambar menarik...

                                         
              cantik kan..??? walaupun power rangers tapi tetap style....

                                          
  Dimana ada kemahuan...disitu pandai pandailah buat jalan sendiri...hehehe