Thursday 26 January 2012

khas untuk sahabatku semua .........


KISAH DUA ORANG SAHABAT DAN POHON KURMA


Ya Allah Ya Ilahi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,
berfikir sebelum bertindak,
santun dalam berbicara,
tenang ketika gundah,
diam ketika emosi melanda,
bersabar dalam setiap ujian.

Jadikanlah kami orang yang selembut Abu Bakar As-Siddiq,
sebijaksana Umar bin Khattab,
sedermawan Uthman bin Affan,
sepintar Ali bin Abi Thalib,
sesederhana Bilal & setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin





"A good Muslim is one who doesn't let his errors DEFINE who he is,


but use them to REDEFINE who he is" 

                                                 
Sifat atau watak seorang kawan terhadap kawannya

Pernah suatu hari, telah dikhabarkan kisah dua orang sahabat yang sangat indah.


Semenjak keduanya bersahabat, mereka tidak pernah bergaduh, masing-masing amat 



menjaga hati masing-masing. Indahnya lukisan kehidupan mereka, jika hendak 


dikhabarkan 1001 kisah cinta, langsung tak tertanding dengan kisah persahabatan mereka.

Allah menaungi ukhwah kedua-dua sahabat ini, langsung tak terusik oleh syaitan & iblis. 



Mereka berkongsi kisah suka & duka, tawa & tangis bersama, susah & senang, sakit & sihat 


bersama & segala sesuatu mereka sandarkan kepada Allah SWT. Hinggalah pada suatu hari,


 di tepian pantai, sedang keduanya asyik bercerita kisah hidup masing-masing, maka 


sahabat pertama bertanya kepada sahabat kedua;

“Semoga Allah memberkatimu wahai sahabatku sehati sejiwa. Persaudaraan kita bukan 



suatu kebanggaan, bukanlah suatu keseronokan. Orang ramai mendoakan kita. Tumbuh-


tumbuhan & segala jenis makhluk tunduk sujud kepada kita. Sehingga ke hari ini, apakah 


kamu masih mengaku aku sebagai sahabat seperjuanganmu?”

Sahabat kedua menjawab, “Semoga Allah memberkati mu jua. Tanpa Allah siapalah aku,



 aku bersyukur dengan nikmat pemberian Allah yang tak ternilai di hadapan mataku ini. Dia


 utuskan kamu untuk menyinari hidupku, memadam kesan-kesan hitam dalam hidupku, 


menyiram aku dengan curahan air cinta kepada Yang Satu. Masakan tidak aku mengaku kau


 sebagai sahabat seperjuanganku. Inilah tekadku, aku amat bersyukur ke hadrat Allah 


kerana dikurniakan sahabat sepertimu..”

“Sesungguhnya iblis & syaitan amat benci pada kita. Mereka benci kerana kita berkasih 



sayang kerana Allah. Sampai sekarang, mereka masih gagal. Namun mereka tak pernah 


berputus asa. Jarum kedengkian, hasad, fitnah, tuduh-menuduh, riya’ & takbur serta ‘ujub 


akan mereka cucuk supaya dapat memisahkan persaudaraan kita.


Apakah kau tidak takut wahai sahabatku?” Tanya sahabat pertama.

Dengan tenang, sahabat kedua menjawab, “InsyaAllah, aku yakin dengan peliharaan Allah 



SWT kepada kita hingga ke hari akhirat nanti. Semoga ditetapkan hati kita tidak lain hanya 


kerana Allah SWT, serta dijauhi dari sifat-sifat tersebut. Na’uzubillah…”

Maka kedua-dua sahabat itu pun berdoa bersama-sama. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat



 Allah SWT. Segala penduduk langit & bumi mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
             


                                                             


Ditakdirkan pada suatu hari, sedang kedua-dua sahabat itu bersiar-siar di sebuah taman, 



sambil bertasbih memuji Allah SWT, mengagungkan kebesaran Allah SWT, tiba-tiba 


mereka terlihat sebuah pohon kurma yang lebat buahnya. Telah diketahui bahawa taman 


itu adalah taman yang tidak bertuan milik & pengunjung bebas memetik buah-buahan di 


situ.


Maka sahabat kedua memohon izin kepada sahabat pertama untuk pergi memetik buah 


kurma tersebut. Maka dipetiknya beberapa biji sahaja, sekadar mengisi perut yang lapar.


Maka keduanya menikmati buah kurma tersebut dengan penuh kesyukuran. Tiba-tiba 


sahabat pertama bersuara, “Maafkan aku sahabatku. Baru sahaja aku teringat bahawasanya 


pohon ini bertuan milik. Kita telah makan buah kurma milik orang lain. Adalah suatu dosa


 bagi kita memakan sesuatu yang bukan halal bagi kita tanpa kita meminta izin terlebih 


dahulu. Salah aku kerana terlambat memberitahumu.”

“Benarkah? Jikalau begitu, kita telah dikira mencuri.



Astaghfirullahal'azim, aku merasa bersalah kerana memetik buah itu.


Apa harus kita buat? Patutkah kita memberitahu tuan punya milik pohon tersebut akan 


kesalahan kita?” Sahabat kedua bertanya.

“Tidak, aku tak mampu memikirkan jalan penyelesaian buat masa sekarang.


Hakikatnya memang salah aku. Aku merasa berdosa yang teramat sangat.” Keluh sahabat 



pertama.

“Jangan risau sahabatku fillah. Allah bersama orang-orang yang benar. Kita harus berlaku 



jujur. Mari kita berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Mudah-mudahan Allah 


mengampuni dosa kita. Moga tuan milik pohon ini menghalalkan kita kerana memakan 


buahnya. Aku rela bekerja seumur hidup jika disuruhnya begitu, demi menghalalkan apa 


yang telahku makan ini.


Aku lebih takutkan seksaan Allah SWT.” Sahabat kedua memujuk sahabat pertama.

Namun, sahabat pertama enggan menurut sahabat kedua.



Dia berasa amat bersalah kerana gagal memberitahu perkara sebenar tentang pohon 


tersebut.

“Bagaimana jika tuan pemilik pohon ini enggan menghalalkan buah yang telah kita makan 



ini?”

Tanya sahabat pertama.

Sahabat kedua termenung seketika. Dia mulai ragu-ragu.

“Aku mencadangkan kita tak perlu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Aku khuatir 



dia enggan memaafkan kita. Maka seluruh darah & daging kita tidak halal di sisi Allah.”

Sahabat pertama memberi cadangan.

“Kalau begitu, sama sahajalah pengakhirannya. Lebih dahsyat lagi Allah murka atas 



perbuatan kita.

Dia melihat perbuatan kita, Dia tahu yang kita telah melakukan maksiat dan cuba



 menyembunyikannya.

Aku amat takut. Seeloknya aku mencadangkan kita berjumpa tuan pemilik pohon ini. 



InsyaAllah dengan rahmat Allah, tuan pemilik pohon ini memaafkan & menghalalkan apa


 yang telah kita makan.

Aku tak mahu tergolong dalam kalangan orang yang dilaknat oleh Allah SWT di akhirat 



kelak nanti.” Sahabat kedua meyakinkan sahabat pertama.

“Kalau begitu, engkau pergi seoranglah. Aku tidak mahu. Sebagai sahabatku, harap kau 



jangan laporkan kepadanya yang aku turut sama makan buah kurma itu ya.


InsyaAllah suatu hari nanti aku akan cuba bertaubat kepada Allah SWT atas kesalahanku ini.

Mudah-mudahan Dia mengampuni aku. Aku belum cukup kuat berjumpa dengannya,”


kata sahabat pertama.

Sahabat kedua amat terkejut dengan pendirian sahabat pertama. Lalu dia berkata,


“Astaghfirullah, bukan dengan cara begini, Allah akan ampunkan dosa kita wahai 



sahabatku.

Kelak akan dipersaksikan di akhirat kelak akan perbuatan terkutuk kita!”

“Ya aku faham. Tapi aku merasakan inilah jalan penyelesaian terbaik. Kita bertaubat sahaja.


Allah akan mengampuni dosa kita. Pintu taubatnya sentiasa terbuka bagi hambaNya yang 



bertaubat kepadaNya.” Sahabat pertama masih enggan.

“Wahai sahabatku, janganlah kita dihina di hadapan Allah kelak atas perbuatan kita ini. Aku



 sebagai sahabatmu tidak sanggup melihat sahabatku ini menjadi penghuni neraka hanya 


kerana hal yang kecil sebegini. Islam mengajar kita supaya berlaku jujur!” tegas sahabat 


kedua.

“Ah, pedulikan! Aku tidak mahu berjumpa dengan tuan pemilik pohon ini. Lagipun sama 



sahaja kalau dia enggan menghalalkan apa yang telah kita lakukan ini.

Kau mahu pergi, kau pergilah, aku tetap dengan pendirianku! Biarkan aku! Kalau kau 



rasakan aku tidak layak menjadi sahabatmu kerana ‘dosa’ku pada pandanganmu, maka 


biarkan aku!”

Pengakuan sahabat pertama ini membuatkan sahabat kedua terkejut.


Dia tidak menyangka bahawa kata-kata tersebut akan keluar dari mulut sahabatnya itu.

Tiba-tiba sahabat kedua menangis. Maka dengan perlahan dia berkata kepada sahabat 



pertama,

“Sungguh aku tak sangka dengan pendirianmu ini. Kau telah berubah, astaghfirullah



, syaitan benar-benar telah mempengaruhimu. Aku masih ingat kau pernah bertanya 


kepadaku suatu ketika dahulu, apakah aku tidak takut akan jarum-jarum syaitan yang akan


 memisahkan persaudaraan kita?

Aku meyakinkanmu dengan jawapanku. Aku yakin dengan peliharaan Allah.



Tapi, memang benar apa yang dikatakanmu. Kau telah berubah.

Jarum syaitan telah menusuki tubuhmu. Aku sangat kecewa dengan perubahan dalam 



dirimu.”

“Kau sudah tidak memahamiku lagi. Kau benar-benar bukan sahabatku.


Maka terpulanglah, pergilah kau kepada tuan si pemilik pohon.


Aku dengan pendirianku ini. Mulai hari ini, kita bukanlah sahabat sejati,” kata sahabat 



pertama.

“Baiklah, pergilah engkau dengan sikap engkau itu. Aku benar-benar kecewa.


Jika benar kau membenciku, maka tinggalkanlah aku di sini.


Aku tak sanggup melihatmu dengan pendirianmu ini. Aku tak rela sahabatku berubah jadi



 begini.

Kau telah mendustai kata-katamu suatu ketika dahulu.


Mulai hari ini, aku terima permintaanmu, kita bukan lagi sahabat.


Pergilah engkau bertaubat, semoga Allah mengampuni engkau,”


maka sahabat kedua menangis. Lalu sahabat pertama beredar dari situ.


Kebencian merajai segenap hatinya….
 

                                                 


Di dalam sebuah gua, terdengar tangisan teresak-esak seorang lelaki. Suara laksana orang 


sedang berdoa.

“Ya Allah, memang benar apa yang aku alami. Sahabatku benar-benar membenciku kerana 



kejahatanku. Dia benar-benar sudah tidak mengakuiku sebagai sahabatnya.

Apabila aku berlagak seperti seorang pengkhianat & aku berlakon seperti seolah-olah aku 



menafikannya sebagai sahabatku, maka memang benar dia menolakku. Sudah ku duga 


bahawa dia mengakui aku sebagai sahabatnya hanya kerana kebaikan yang ada padaku.

Apabila aku jahat, maka aku bukan lagi sahabatnya. Dia tidak berusaha mendapatkanku. Ku



 harapkan dia mengejarku, namun dia menghukum aku sebagai pendusta pula.

Ya Allah, namun begitu, aku menghalalkan apa yang telah dimakannya, akulah pemilik 



pohon kurma itu, ampunilah dosa sahabatku ini.”

Sahabat pertama tunduk sujud dan menangis dalam gua yang gelap gelita itu.




Jangan benci orangnya,
tapi bencilah dosa yang dilakukannya.
Kelak dia mungkin bertaubat & jadi lebih baik dari kita 

No comments:

Post a Comment